fbpx
PERTANDINGAN itu diadakan di pusat beli-belah di Tokyo pada 5 Oktober ini. - PR Times

Pertandingan tidur tawar hadiah lumayan RM58,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

TOKYO – Syarikat tilam di Jepun, Koala menganjurkan pertandingan tidur paling berkualiti dalam masa 90 minit dengan pemenang akan menerima wang tunai 2.22 juta yen (RM58,039), lapor laman berita The Economic Times. 

Pertandingan Mattrace by Koala itu akan iadakan di pusat beli-belah Share Green Minami Aoyama di Tokyo pada 5 Oktober ini, lapor majalah Tokyo Weekender. 

Kejohanan tersebut mempunyai tiga sesi perlumbaan, dengan kira-kira 20 peserta dijangka mengambil bahagian dalam setiap sesi. 

Koala dalam satu kenyataan berkata, pemilihan menerusi cabutan undi akan dilakukan  sekiranya jumlah penyertaan melebihi kuota yang disediakan. 

Selain perlu baring di atas tilam jenama Koala, peserta akan dinilai berdasarkan kualiti tidur, tahap kelajuan untuk terlelap serta kestabilan rehat. 

Peserta dilarang menahan diri daripada tidur atau hadir dalam keadaan terlampau penat. Pengambilan ubat tidur atau bahan rangsangan lain juga tidak dibenarkan. 

Juara kejohanan akan menerima hadiah berupa wang tunai sebanyak 2.22 juta yen. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN