fbpx
Anwar (tengah) ketika mempengerusikan mesyuarat khas mengenai isu kos elektrik di Kementerian Kewangan di Putrajaya hari ini. Foto oleh PEJABAT PERDANA MENTERI

Kerajaan naikkan had perlindungan bil elektrik domestik hingga 800kWj

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUTRAJAYA – Kerajaan hari ini memutuskan menambah baik subsidi bil elektrik untuk rakyat dengan memperluaskan tahap perlindungan daripada 600kWj kepada 800kWj sebulan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, penambahbaikan subsidi itu akan berkuat kuasa bagi penggunaan elektrik mulai September hingga 31 Disember depan.

“Langkah itu diambil sebagai tindakan segera bagi menangani tekanan hidup rakyat saat ini.

“Melalui langkah ini, pengguna domestik yang menggunakan elektrik sehingga 800kWj sebulan akan diberikan perlindungan melibatkan pengecualian Pelarasan Kos Bahan Api Automatik (AFA), Caj Peruncitan dan Cukai Jualan dan Perkhidmatan,” katanya dalam satu kenyataan di sini tadi.

Pada masa sama, Anwar turut menzahirkan penghargaan khususnya kepada Tenaga Nasional Berhad, Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air serta Suruhanjaya Tenaga atas peranan dalam memungkinkan langkah itu diambil dalam kadar segera.

“Keadaan jerebu serta cuaca yang lebih panas mutakhir ini telah mendorong peningkatan penggunaan elektrik dalam kalangan sebahagian isi rumah, menyebabkan penggunaan bulanan mereka melepasi paras 600kWj dan menyebabkan kenaikan bil yang luar biasa.

“Justeru itu, kerajaan akan terus memantau rapi perkembangan kos bahan api dan keadaan pasaran tenaga semasa bagi memastikan sebarang keputusan berkaitan tarif elektrik mengambil kira keseimbangan antara kemampuan dan beban hidup rakyat selain keterjaminan bekalan elektrik serta kemampanan sektor tenaga negara,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN