fbpx
Keadaan kebakaran membabitkan empat kilang di Taman Perindustrian Puchong hari ini. IHSAN BOMBA

Empat kilang musnah terbakar di Taman Perindustrian Puchong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUCHONG – Empat buah kilang musnah dalam kebakaran di Jalan TPP 5/15, Taman Perindustrian Puchong, di sini, pagi ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ashrul Riezal Asbar berkata, kebakaran membabitkan sebuah kilang tayar, kilang perkakasan paip dan injap, kilang perabot serta kilang kejuruteraan.

Menurut beliau, pihaknyamenerima panggilan kecemasan pada pukul 6.34 pagi sebelum jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Puchong digerakkan ke lokasi.

“Pemeriksaan mendapati kebakaran membabitkan empat buah kilang. Anggaran kemusnahan bagi kilang tayar, kilang perkakasan paip dan injap, kilang perabot dan kilang kejuruteraan adalah 90 peratus,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, kebakaran dapat dikawal sepenuhnya pada pukul 8.30 pagi.

“Kerja-kerja pemadaman masih giat dilakukan terutama di bahagian atap dan dalam premis bagi memastikan tiada bara api yang boleh menyebabkan kebakaran kembali merebak.

“Risiko runtuhan atap dan struktur bangunan masih ada, namun keadaan dilaporkan terkawal,” katanya yang memberitahu tiada mangsa terlibat dalam kejadian tersebut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN