fbpx
Gambar hiasan

Kuantan, Kuala Pilah catat suhu tertinggi semalam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) memaklumkan terdapat dua daerah mencatatkan suhu maksimum tertinggi semalam.

MetMalaysia dalam satu hantaran berkata, suhu tertinggi itu direkodkan di Stesen Meteorologi Kuantan iaitu 35.4 darjah Celsius.

“Selain itu, suhu tertinggi juga dicatat di Stesen Meteorologi Kuala Pilah iaitu 35 darjah Celsius,” katanya di sini hari ini.

Dalam pada itu, MetMalaysia memaklumkan Stesen Meteorologi Sandakan merekodkan taburan hujan tertinggi iaitu sebanyak 110.8 milimeter (mm).

“Ia diikuti Stesen Meteorologi Kota Kinabalu dengan taburan hujan sebanyak 55.8 mm,” katanya.

Sementara itu, MetMalaysia menasihatkan orang ramai supaya peka terhadap perubahan cuaca dan merancang aktiviti harian berdasarkan keadaan semasa.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN