fbpx
Tangkap layar kejadian seorang kanak-kanak memandu kereta dan merempuh kenderaan lain secara lawan arus.

Remaja 14 tahun pandu kereta lawan arus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEBERANG PERAI – Tindakan seorang remaja lelaki berusia 14 tahun memandu kereta menyebabkan tiga kenderaan terbabit kemalangan di dua lokasi berasingan di Taman Chai Leng, Perai di sini, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Nik Aminuddin Raja Abdullah berkata, kemalangan berlaku kira-kira pukul 4.50 petang selepas kereta dipandu remaja terbabit dari Lorong Kurau 23 menuju ke Jalan Kurau 1 melanggar sebuah kereta yang diletakkan di bahu jalan.

Menurutnya, remaja itu kemudian meneruskan perjalanan sebelum dipercayai memasuki laluan sehala secara melawan arus di Lebuh Kurau 5.

“Kereta yang dipandu remaja terbabit kemudian melanggar sebuah lagi kereta yang sedang bergerak di laluan yang betul,” katanya hari ini.

Beliau berkata, kemalangan berkenaan menyebabkan kerosakan terhadap ketiga-tiga kenderaan, namun tiada kecederaan dilaporkan.

Tambah beliau, polis menerima laporan berhubung kejadian kira-kira pukul 8.47 malam semalam selepas video kemalangan berkenaan turut dikesan tular di media sosial hari ini. Kes disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Terdahulu, tular video seorang kanak-kanak dipercayai lelaki memandu sebuah kereta dan merempuh kenderaan secara lawan arus. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN