fbpx
SARAVANAN (empat dari kiri) menyampaikan sumbangan mesin rumput kepada penerima pada Majlis Sumbangan Mesin, Peralatan, Khairat Kematian serta NGO Peringkat Parlimen Tapah 2026 di Dewan Mahatma Gandhi, Tapah hari ini.

Saravanan guna peruntukan sendiri pasang 200 lampu solar di Tapah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

TAPAH – Lokasi hot spot (kawasan panas) kemalangan iaitu jajaran Changkat Petai ke Penjara Tapah sepanjang empat kilometer di sini bakal diterangi 20 unit tiang lampu solar LED berkapasiti tinggi pada awal bulan depan.

Menurut Ahli Parlimen Tapah, Datuk Seri M. Saravanan, lokasi itu di kenal pasti kerap berlakunya kemalangan kerana agak gelap pada waktu malam.

“Ini rancangan tiga tahun, kita tak nak bagi alasan tiada peruntukan, tidak boleh buat. Saya gunakan peruntukan wakil rakyat untuk mencahayakan Tapah. Sebab kawasan-kawasan (sepanjang jalan tersebut) gelap dan kerap berlaku kemalangan. Keselamatan rakyat perlu diutamakan,” katanya di Dewan Mahatma Gandhi di sini hari ini.

Saravanan memaklumkan, sebanyak 200 unit lampu solar LED akan dipasang secara berperingkat di daerah tersebut dalam tempoh tiga tahun menerusi Projek Pengindahan dan Pencahayaan Parlimen Tapah.

Terdahulu, Timbalan Presiden MIC itu menyampaikan sumbangan peralatan dan kewangan pada Majlis Sumbangan Mesin, Peralatan, Khairat Kematian serta NGO Peringkat Parlimen Tapah 2026 dengan kos keseluruhan sebanyak RM151,000. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN