fbpx
Gambar yang dikongsi di Thread Fatimahabdaziz.

Langsir putih jadi coklat gara-gara jerebu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Seorang wanita terkejut apabila langsir di ruang tamu bertukar warna selepas dia lupa menutup tingkap ketika keluar dari rumah semalam.

Menurut perkongsian di Thread Fatimahabdaziz, keadaan itu disedarinya sebaik sahaja pulang ke rumah dan mendapati sebahagian langsir di ruang tamu yang berwarna putih menjadi coklat dipercayai gara-gara asap jerebu dari luar.

“Keluar rumah tanpa tutup tingkap, balik rumah curtain (langsir) dah brown color (warna coklat),” katanya.

Tinjauan di ruang komen mendapati rata-rata pengguna terkejut melihat keadaan itu sekali gus bimbang dengan udara yang dihirup ketika ini.

“Kita sedut benda ini? Okey, semua pakai pelitup muka,” kata Natasha.

“Balik kerja tengok purifier (penapis udara) warna hijau. Lepas tutup pintu, nahhh terus naik kuning ya. Buka pintu kejap pun jerebu ikut masuk,” kata Sha.

“Saya di Ipoh pelik tengok air purifier (penapis udara) asyik warna kuning je. Saya ingat rosak. Bila jenguk luar mashaAllah teruk nya putih je nampak. Memang betul teruk sekarang,” kata Sakeeno.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN