fbpx
Anggota bomba mengeluarkan mangsa yang tersepit setelah lori dipandunya dihempap batu di tapak kuari di Keramat Pulai, Kampung Kepayang di Ipoh hari ini. - Foto IHSAN JBPM

Lelaki maut lori dipandu dihempap batu kuari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

IPOH – Seorang lelaki maut setelah lori dipandunya dihempap batu ketika membuat kerja-kerja kuari di sebuah tapak di Keramat Pulai, Kampung Kepayang di sini hari ini.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian tersebut pada pukul 5.18 petang tadi.

“Terima panggilan dari NG999 memaklumkan terdapat sebuah lori membawa muatan batu kuari dihempap batu ketika membuat kerja-kerja kuari.

“Terdapat seorang mangsa lelaki iaitu M. Sivakumar berusia 53 tahun,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata, ketua operasi melaksanakan size-up seterusnya mengaplikasikan Konsep SAVER dengan mengarahkan anggota melakukan kerja-kerja penyelamatan menggunakan peralatan hidraulik.

Katanya, mangsa yang tersepit berjaya dikeluarkan dan diserahkan kepada pihak Polis Diraja Malaysia untuk tindakan selanjutnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN