fbpx
Tangkap layar video gelagat murid-murid SK Setia Alam apabila pasukan bomba tiba di lokasi.

[VIDEO] Murid SK Setia Alam bersorak bomba sampai, padam kelas terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Murid Sekolah Kebangsaan (SK) Setia Alam, Shah Alami bersorak apabila melihat anggota bomba tiba bagi memadam kebakaran sebuah bilik darjah petang tadi.

Momen tersebut dikongsikan seorang pengguna Threads, @cake_chateq menerusi hantaran video yang dimuat naik petang tadi.

Menerusi video berkenaan, kelihatan beberapa anggota bomba turun dari jentera dan membuat persiapan untuk kerja-kerja pemadaman di kawasan bilik darjah yang terbakar.

Video tersebut turur merakam gelagat murid-murid melompat dan bersorak sambil menepuk tangan ketika melihat keberadaan pasukan bomba tiba di lokasi.

“Alhamdulillah mereka okey, seronok bomba sampai,” menurut kapsyen hantaran tersebut.

Terdahulu, media melaporkan suasana pembelajaran di sekolah berkenaan bertukar cemas apabila sebuah bilik darjah terbakar petang tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Ashrul Riezal Asbar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada pukul 4.20 petang.

Menurut beliau, empat anggota bersama sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Jelutong tiba di lokasi pada pukul 4.37 petang, kira-kira 17 minit selepas menerima panggilan.

“Kebakaran melibatkan sebuah bilik darjah berkeluasan kira-kira 55.74 meter persegi yang terbakar 100 peratus,” katanya.

Bagaimanapun, beliau berkata, api telah padam sebelum pihak bomba tiba di lokasi dan tiada mangsa terlibat.

“Kerja-kerja overhaul sedang dijalankan menggunakan dua aliran hos dengan satu pancutan air daripada jentera bomba,” katanya. – KOSMO! ONLINE

 

 

View on Threads

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN