fbpx
Gambar hiasan

Ribut petir, hujan lebat landa 11 negeri petang ini 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Penduduk di 11 negeri dinasihatkan berwaspada susulan amaran ribut petir dan hujan lebat yang dijangka sehingga pukul 5 petang ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan, cuaca buruk itu melibatkan Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Selangor, Johor, Sarawak dan Sabah.

“Di Perak, kawasan terlibat ialah Kerian, Larut Matang, Bagan Datuk, Manjung, Perak Tengah, Selama, Kuala Kangsar, Hulu Perak, Kinta, Kampar dan Hilir Perak.

Sementara itu, amaran di Terengganu melibatkan Kemaman, Dungun, Hulu Terengganu dan Marang, manakala di Pahang membabitkan Kuantan, Cameron Highlands, Bentong, Rompin dan Jerantut,” ujarnya.

Bagi Selangor, cuaca tersebut diramal melanda Hulu Langat, sementara Johor melibatkan Kota Tinggi, Mersing, Kulai dan Johor Bahru.

Di Sarawak, kawasan yang terlibat ialah Kapit melibatkan Belaga, Bukit Mabong dan Kapit; Bintulu (Bintulu dan Sebauh); Miri (Subis, Miri dan Marudi); Limbang; Mukah (Tanjung Manis) serta Sarikei.

Amaran sama turut dikeluarkan di Sabah membabitkan Tawau iaitu Lahad Datu dan Kalabakan, selain Pantai Barat, Sandakan (Telupid, Tongod dan Kinabatangan), Pedalaman (Membakut dan Beaufort). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN