Kejadian pokok tumbang di Lebuh Raya Elite menyebabkan kesemua lorong terhalang petang ini.

Trafik sesak, pokok tumbang di Lebuh Raya Elite

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Pengguna Lebuh Raya Utara-Selatan Hubungan Tengah (Elite) menghala ke Shah Alam, khususnya di laluan Bukit Jelutong, berdepan kesesakan lalu lintas susulan kejadian pokok tumbang petang ini.

Menerusi hantaran di media sosial, kejadian dipercayai berlaku kira-kira pukul 4.20 petang.

Difahamkan, pokok berkenaan yang menghalang kesemua leluan menyebabkan aliran trafik terhenti dan kesesakan teruk.

Pengguna jalan raya dinasihatkan supaya mengelakkan laluan berkenaan dan menggunakan laluan alternatif bagi mengurangkan kesesakan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN