SUSPEK diiringi anggota polis dibawa ke unit Kuarters KLIA di Nilai yang menjadi lokasi pembunuhan. Foto NUR SHARIEZA ISMAIL/ KOSMO!

Suspek bunuh isteri dibawa ke lokasi kejadian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

NILAI – Seorang lelaki yang merupakan suami serta suspek kes pembunuhan seorang pegawai kastam dibawa ke lokasi kejadian di sebuah unit Kuarters Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), di sini sebentar tadi.

Difahamkan, suspek yang diiringi sepasukan pihak polis dibawa ke unit tersebut untuk membantu siasatan kes kira-kira pukul 11.40 malam tadi.

Mangsa yang maut merupakan seorang pegawai Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) berusia 35 tahun.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan, seorang pegawai kerajaan berusia lingkungan 30-an ditemui maut dipercayai dibunuh suaminya dalam kejadian di sebuah unit Kuarters KLIA, malam ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7.30 malam itu, mangsa yang bertugas di KLIA dipercayai dibunuh sebelum suaminya yang berusia lingkungan 30-an menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang sekitar pukul 8 malam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN