Mayat mangsa dibawa keluar dari lokasi kejadian di Nilai, malam ini. Foto NUR SHARIEZA ISMAIL

[VIDEO] Suami serah diri di balai selepas bunuh isteri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

NILAI – Tindakan seorang suami yang menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang, dekat sini membongkar kejadian tragis pembunuhan seorang pegawai Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) yang berlaku di sebuah unit Kuarters Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), malam tadi.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad berkata, pihaknya membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan berhubung kes tersebut selepas menerima maklumat mengenai kejadian itu kira-kira pukul 8.30 malam.

“Suami mangsa yang juga suspek dalam kes pembunuhan ini telah menyerah diri di balai polis selepas kejadian.

“Punca kejadian masih dalam siasatan dan maklumat lanjut akan dimaklumkan selepas siasatan di lokasi kejadian selesai,” katanya ketika dihubungi malam tadi.

Terdahulu, suspek yang berusia lingkungan 30-an dibawa polis ke lokasi kejadian di unit kuarters berkenaan kira-kira pukul 11.40 malam bagi membantu siasatan. – KOSMO! ONLINE

 

View this post on Instagram

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN