Gambar hiasan.

Tidur malam sejuk sampai ke pagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Penduduk di beberapa negeri dijangka menikmati cuaca lebih sejuk pada malam ini susulan hujan lebat, ribut petir dan angin kencang yang diramalkan berlaku sehingga awal pagi esok.

Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) dalam kenyataan malam ini memaklumkan, amaran ribut petir dikeluarkan melibatkan beberapa kawasan di Pulau Pinang, Perak, Pahang, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Sarawak.

“Di Pulau Pinang, kawasan yang terlibat ialah Timur Laut dan Barat Daya, manakala di Perak membabitkan Kerian, Larut Matang, Selama, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang, Muallim, Perak Tengah dan Hilir Perak.

“Di Pahang, amaran berkenaan melibatkan Cameron Highlands, Lipis dan Bentong, sementara di Selangor merangkumi Gombak, Hulu Selangor, Hulu Langat dan Petaling,” lapor MetMalaysia.

Dalam kenyataan sama, jabatan itu menjangkakan hujan lebat malam ini turut melanda seluruh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur bagi tempoh yang sama.

“Bagi negeri Sarawak, kawasan yang dijangka mengalami ribut petir, hujan lebat dan angin kencang ialah Kuching, Samarahan, Serian, Song, Kapit, Bukit Mabong, Tatau, Limbang, Marudi, Miri, Beluru, Subis, Mukah dan Selangau,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN