fbpx
KEADAAN bangunan Pasti di Kampung Charok Kudong, Pendang yang musnah dalam kebakaran pagi tadi. - Gambar JBPM Kedah

Bangunan Pasti di Pendang musnah terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PENDANG – Bangunan dua tingkat Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti) di Kampung Charok Kudong, di sini musnah dalam kebakaran pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10 pagi itu, kira-kira 80 peratus bangunan tersebut musnah dan tiada mangsa dilaporkan terlibat.

Beberapa video kebakaran turut tular di media sosial memaparkan keadaan api marak selain kanak-kanak yang belajar di situ dalam keadaan selamat di bangunan berhampiran.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah berkata, setibanya pasukan di lokasi, kebakaran didapati melibatkan bangunan Pasti kelas B berukuran kira-kira 24 meter panjang dan sembilan meter lebar.

“Operasi pemadaman dijalankan menggunakan empat aliran hos sepanjang 61 meter dengan empat pancutan, manakala sumber air diperoleh daripada tangki jentera. Anggaran kemusnahan bangunan adalah sebanyak 80 peratus,” katanya di sini hari ini.

Menurutnya, operasi turut dibantu 21 anggota Pasukan Bomba Sukarela (PBS) daripada sembilan pasukan.

“Kebakaran turut memusnahkan dua motosikal jenis Honda Wave dan Yamaha Lagenda dengan anggaran 90 peratus terbakar. Kebakaran berjaya dikawal pada pukul 10.27 pagi dan tiada mangsa terlibat dalam kejadian tersebut,” ujarnya. KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN