fbpx
Afnan Hamimi bergambar bersama Dr. Muhammad Akmal ketika tiba di WTCKL hari ini.

Ketua Pemuda Pas adakan ‘kunjung balas’ ke PAU 2026

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Kemunculan Ketua Dewan Pemuda Pas, Afnan Hamimi Taib Azamudden bersama barisan kepimpinannya pada Perhimpunan Agung Pergerakan Pemuda UMNO 2026 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), hari ini mencuri perhatian perwakilan.

Kunjungan delegasi Pemuda Pas itu dilihat sebagai kunjungan balas selepas Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh mengetuai 25 delegasi pergerakan itu menghadiri Muktamar Dewan Pemuda Pas Malaysia Kali Ke-67 di Kota Bharu, Kelantan pada 3 September lalu.

Kehadiran kedua-dua pimpinan sayap parti pada program rasmi masing-masing memperlihatkan keterlibatan antara kepemimpinan Pemuda Pas dan Pemuda UMNO.

Sebelum ini, kehadiran delegasi Pemuda UMNO pada Muktamar Dewan Pemuda Pas turut mencuri perhatian apabila ia dilihat sebagai simbolik hubungan antara dua parti Melayu berkenaan.

Perkembangan itu turut memberi gambaran bahawa hubungan di peringkat kepemimpinan pemuda kedua-dua parti terus menjadi perhatian dalam landskap politik semasa. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN