fbpx
Tangkap layar video memaparkan seorang lelaki warga emas duduk bersendirian di tepi jalan dalam keadaan panas terik.

[VIDEO] Siapa pak cik ini, mana keluarga dia?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Kelibat lelaki warga emas yang didakwa duduk di tepi jalan berhampiran sebuah stesen minyak di Silibin, Ipoh setiap hari ketika cuaca panas terik mengundang sebak dan tanda tanya dalam kalangan orang ramai mengenai keadaan serta keluarganya.

Perkara itu tular di media sosial selepas pengguna Threads @_qrratulain berkongsi keadaan lelaki tersebut yang dikatakan sering dilihat berada di lokasi berkenaan.

“I don’t know (saya tak tahu) anak mana yang sanggup membiarkan bapa dia di tepi jalan begini. Kita tak tahu niat mereka apa atau pak cik ni sendirian.

“Setiap hari memang ada pak cik ini dengan (cuaca) panas teriknya. Sebak betul. Warga Ipoh tahu kot dekat mana. Moga pak cik sentiasa cekal tabah dan sihat sentiasa di bawah lindungan Allah,” katanya semalam.

Hantaran itu turut mengundang reaksi pengguna media sosial yang berharap kebajikan warga emas tersebut diberikan perhatian oleh pihak berkaitan.

“Siapa pak cik ini? Dia ada masalah mental ke apa? Mana keluarga dia? Mungkin yang terdekat boleh bantu hubungi pihak berwajib atau bantu kesan keluarganya,” cadang @puteeeriii.

Pengguna @nazdianafiq pula mencadangkan supaya laporan dibuat kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sekiranya lelaki terbabit tidak mempunyai waris.

“Kesiannya. Cuba buat aduan pada pihak JKM. Jika tiada waris,” katanya. – KOSMO! ONLINE

 

View on Threads

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN