fbpx
Gambar hiasan.

Pemuda parah ditetak di kandang lembu, lari terjun Sungai Kinta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

IPOH – Seramai 11 lelaki tempatan ditahan berhubung kes menyerang dan menetak seorang pemuda sehingga mengalami kecederaan parah di Taman Pengkalan Jaya, di sini pada Selasa lalu.

Ketua Polis Perak, Datuk Mohd. Alwi Zainal Abidin berkata, ketika kejadian, mangsa yang berusia 26 tahun didatangi lima lelaki menaiki dua buah kereta ketika berada di kandang lembu miliknya.

“Suspek kemudian mengejar dan menyerang mangsa. Pemuda itu yang cuba melarikan diri dengan terjun ke dalam Sungai Kinta ditetak menggunakan parang seorang daripada suspek terbabit.

“Ekoran kejadian itu, mangsa mengalami kecederaan di bahagian muka, tangan, kaki dan belakang badan. Mangsa kemudian dibantu oleh orang awam sebelum dihantar ke hospital bagi mendapatkan rawatan,” katanya di sini, hari ini.

Beliau berkata, siasatan polis mendapati kejadian dipercayai berpunca akibat dendam dan tidak puas hati oleh kumpulan jenayah terancang terhadap mangsa.

Susulan kejadian itu, polis menangkap 11 lelaki tempatan berusia 22 hingga 41 tahun. Semakan mendapati suspek memiliki pelbagai rekod dadah dan jenayah kekerasan.

“Kesemua tangkapan direman bagi membantu siasatan dalam kejadian serangan tersebut dan penglibatan mereka dalam kumpulan jenayah terancang,” katanya.

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan cedera parah dengan menggunakan senjata. Sabit kesalahan, mereka boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun, denda dan sebatan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN