fbpx
Anggota bomba menjalankan operasi pemadaman kebakaran hutan di Taman Bukit Serdang, hari ini. Foto JBPM SELANGOR

Hutan bukit lima hektar terbakar di Seri Kembangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SERI KEMBANGAN – Kira-kira lima hektar kawasan hutan bukit sekunder berbatu, lalang dan hutan kecil terbakar di Taman Bukit Serdang di sini hari ini.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ashrul Riezal Asbar berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada pukul 1.51 petang.

Menurut beliau, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Puchong bersama bantuan BBP Sungai Besi dan Pasukan Bomba Sukarela Seri Serdang dikejarkan ke lokasi.

“Jentera tiba di lokasi pada pukul 2.16 petang dan mendapati kebakaran melibatkan kawasan hutan bukit sekunder berbatu, lalang dan hutan kecil dengan anggaran keluasan lima hektar.

“Kerja-kerja pemadaman kini sudah mencapai 80 peratus, manakala baki 20 peratus masih dalam tindakan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ashrul Riezal berkata, pasukan bomba turut membuat fire break bagi memastikan api tidak merebak ke kawasan lain.

Katanya, operasi pemadaman masih dijalankan setakat pukul 3.15 petang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN