PETALING JAYA – Keputusan tidak rasmi Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan menyaksikan Barisan Nasional (BN) mendahului 19 daripada 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).
Ia sekali gus menunjukkan BN sudah melepasi angka majoriti mudah untuk membentuk kerajaan negeri.
Antara kerusi DUN yang terlibat ialah Chennah, Sungai Lui, Jeram Padang, Lenggeng, Juasseh, Senaling, Johol, Rantau, Gemencheh, Repah, Linggi, Kota, Chembong, Labu, Pilah, Seri Menanti, Nilai, Palong dan Pertang.
Sementara itu, Pakatan Harapan (PH) mendahului di 10 kerusi, manakala Perikatan Nasional (PN) memperoleh empat kerusi berdasarkan keputusan tidak rasmi setakat ini. – KOSMO! ONLINE














