fbpx

Novo Tellus Bekerjasama dengan RCF dan NRFC Selesaikan Pengambilalihan Russell Mineral Equipment

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SINGAPURA, 22 Julai 2026 /PRNewswire/ — Novo Tellus, sebuah firma pelaburan khusus yang memberi tumpuan secara eksklusif kepada syarikat perindustrian dan teknologi, dengan sukacitanya mengumumkan pemuktamadan pelaburan penting dalam Russell Mineral Equipment (RME), peneraju global dalam sistem pelapisan semula kilang dan perkhidmatan pascapasaran untuk industri perlombongan serta pemprosesan mineral. Pelaburan berkenaan merupakan pelaburan pertama Novo Tellus dalam sebuah syarikat Australia.

Beribu pejabat di Toowoomba, Queensland, RME mencipta mesin pelapisan semula kilang moden dan telah menghabiskan tempoh selama empat dekad membangunkan teknologi, pangkalan pemasangan serta rangkaian perkhidmatan global yang menjadikannya rakan kongsi pilihan bagi salah satu tugas penyelenggaraan paling berisiko tinggi dalam industri perlombongan. Sistem RME membolehkan pengeluar mineral kritikal di seluruh dunia melaksanakan pelapisan semula kilang pengisar mereka dalam tempoh yang lebih singkat dan dengan risiko yang lebih rendah, sekali gus mengembalikan aset penting untuk beroperasi dengan lebih cepat. Ketika permintaan terhadap bahan yang menyokong elektrifikasi, pusat data dan infrastruktur revolusi AI terus meningkat, teknologi RME memainkan peranan penting dalam memastikan pengeluaran logam yang selamat, cekap dan boleh dipercayai.

Novo Tellus menyertai Resource Capital Funds (RCF) dan National Reconstruction Fund Corporation (NRFC) Australia bagi menyokong fasa pertumbuhan RME yang seterusnya. Pemuktamadan itu menandakan pencapaian terakhir dalam perjanjian jualan peralihan RME, sekali gus melengkapkan rancangan penggantian pemilikan yang dimulakan oleh pengasas RME, Dr. John Russell.

Rakan Pengurusan Novo Tellus, Wai San Loke, berkata, "Kami berbangga kerana pelaburan pertama kami di Australia merupakan sebuah syarikat berkaliber seperti RME. Kami mencari syarikat yang mempunyai teknologi terkemuka dalam bidang misi kritikal, dan RME merupakan contoh terbaik. Sebahagian besar daripada tembaga dan emas yang dihasilkan di dunia diproses melalui kilang pengisar, dan sistem pelapisan semula RME memastikan kilang-kilang tersebut kekal selamat, produktif dan tersedia untuk beroperasi. Ketika revolusi AI memacu permintaan yang tidak pernah terjadi sebelum ini terhadap logam yang menggerakkan grid, pusat data dan pembuatan termaju, kami percaya teknologi RME tidak pernah menjadi sepenting ini dari sudut strategik."

Mengulas mengenai prospek pertumbuhan RME, Daniel Hong (Rakan Kongsi) dan Chong Ni (Prinsipal) di Novo Tellus berkata, "RME menyokong operasi perlombongan di peringkat global merangkumi tapak lombong paling sofistikated di dunia, dengan pangkalan pemasangan yang mewujudkan hubungan perkhidmatan dan sokongan jangka panjang yang kukuh. Kami melihat peluang besar untuk memperluas keupayaan automasi RME serta mengembangkan perniagaan perkhidmatan pascapasarannya — mendekatkan lebih banyak keupayaan pelapisan semula, bekalan alat ganti dan perkhidmatan di lokasi kepada syarikat perlombongan di seluruh dunia. Kami berharap dapat bekerjasama dengan RCF, NRFC dan pasukan berprestasi tinggi RME bagi merealisasikan cita-cita tersebut."

Pelaburan itu dimuktamadkan pada Jun 2026, dengan Novo Tellus dan rakan kongsinya sudahpun giat bekerjasama dengan pasukan kepimpinan RME demi membina masa depan Syarikat secara bersama.

Latar Belakang Russell Mineral Equipment

RUSSELL MINERAL EQUIPMENT (RME) ialah pembekal Teknologi Sistem Pelapisan Semula Kilang yang terkemuka di dunia. RME mencipta sistem mesin dan penyelesaian berasaskan perkhidmatan bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi dalam industri perlombongan dan pemprosesan mineral dunia. Teknologinya memberikan tempoh henti yang singkat, ketersediaan kilang yang tinggi serta persekitaran kerja yang selamat. Ditubuhkan pada 1985, RME berkembang untuk menyokong operasi pelanggan di lebih 440 tapak lombong di 64 negara, mempunyai 13 Pusat Jualan dan Perkhidmatan Antarabangsa serta menggaji lebih daripada 450 pekerja di seluruh dunia. Untuk maklumat lanjut, layari www.rmeglobal.com.

Latar Belakang Novo Tellus 

Novo Tellus ialah sebuah firma pelaburan khusus dengan aset di bawah pengurusan melebihi AS$1 bilion, yang memberi tumpuan eksklusif kepada pelaburan perindustrian dan teknologi. Ditubuhkan pada 2010, Novo Tellus beribu pejabat di Singapura dengan ahli profesional pelaburan dan penasihat ditempatkan di peringkat global. Firma ini menjalin kerjasama rapat dengan pemimpin perniagaan bagi mewujudkan pertumbuhan berkekalan melalui pembangunan produk perniagaan teras, perkhidmatan, kakitangan dan nilai kepada pelanggan. Pelabur Novo Tellus terdiri daripada individu yang mempunyai latar belakang kejuruteraan, operasi, keusahawanan dan pelaburan bagi membina kerjasama yang empatik dan berlandaskan pemahaman mendalam bersama pasukan pengurusan untuk merealisasikan pertumbuhan bercita-cita tinggi. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai kerjasama dengan Novo Tellus, layari www.novotellus.com.

Sumber artikel: http://www.prnasia.com/asia-story/archive/5008905_MS08905_6

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI