fbpx
Anwar beramah mesra bersama jemaah selepas menunaikan solat jumaat di Masjid Meranti, Puchong hari ini. Foto oleh FARIZ RUSADIO / KOSMO!

‘PN Plus atau minus saya tak campur, banyak kerja lain’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUCHONG – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim enggan mengulas berhubung cadangan mewujudkan Perikatan Nasional Plus (PN+) yang didakwa melibatkan kerjasama beberapa parti Melayu menjelang pilihan raya akan datang.

Anwar berkata, tumpuan beliau ketika ini adalah terhadap urusan pentadbiran negara khususnya ekonomi dan kebajikan rakyat.

Katanya, pimpinan kerajaan perlu memberi perhatian penuh kepada usaha untuk memulihkan ekonomi dan menyelesaikan masalah rakyat sebelum memikirkan soal pilihan raya.

“Kita ada masa, biar tumpu dua tiga bulan ini betul-betul pulihkan balik, kemudian pilihan raya. PN Plus atau minus, saya tak campur, saya banyak kerja lain,” katanya pada sidang akhbar selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Meranti di sini hari ini.

Terdahulu, media melaporkan Pas sedang berusaha membentuk PN+ yang menggabungkan parti komponen sedia ada termasuk Bersatu dan gerakan Reset pimpinan Datuk Seri Hamzah Zainudin.

Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man dilaporkan berkata, usaha tersebut merupakan antara syor Majlis Syura Ulama Pas dan akan diutamakan sebelum parti mempertimbangkan pilihan lain. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN