MELAKA – Pengalaman berjalan sendirian dalam hutan tebal sambil bergantung hidup dengan air sungai selama 19 hari ketika menyertai ekspedisi Gunung Tahan pada 2008 menjadi detik yang tidak pernah dilupakan buat Nur Umaisarah Sameaun, 39, atau Umai sehingga hari ini. Umai berkata, dia menganggap kejadian itu sebagai takdir apabila masih diberikan peluang untuk terus hidup meskipun berdepan pelbagai detik cemas termasuk hampir lemas dan mengalami kecederaan pada kaki sepanjang tersesat dalam hutan. Katanya, ketika kejadian dia merupakan pelajar tahun akhir……














