fbpx
Gambar hiasan.

Pengarah syarikat rugi RM167,050 terperdaya pinjaman tidak wujud di Facebook

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KOTA TINGGI – Seorang pengarah sebuah syarikat kerugian RM167,050 selepas terperdaya dengan pinjaman tidak wujud di aplikasi Facebook.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Yusof Othman berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kes itu semalam membabitkan seorang lelaki berusia 36 tahun.

Beliau berkata, mangsa menanggung kerugian selepas melakukan sembilan transaksi pemindahan wang ke dalam sembilan akaun penerima.

“Kes bermula pada 21 Mei 2026, apabila mangsa telah terlihat iklan berkaitan pinjaman peribadi dipercayai daripada sebuah bank tempatan.

“Modus operandi sindiket pinjaman ini mangsa diminta untuk membuat beberapa pembayaran bagi syarat pinjaman dan kelulusan pinjaman.

“Mangsa membuat pembayaran tambahan secara berperingkat dengan jumlah keseluruhan transaksi mencecah RM167,050 bagi mendapatkan pinjaman yang dipersetujui berjumlah RM500,000 sebelum menyedari dirinya ditipu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ujarnya, kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN