fbpx
Allahyarham Razmi (kiri) meninggal dunia dalam keadaan sujud semasa menunaikan solat subuh secara berjemaah di Masjid As-Syakirin, Mukim Kelewek dekat Tanah Merah semalam. FOTO IHSAN KELUARGA

[VIDEO] Pesara tentera meninggal dunia ketika sujud solat subuh berjemaah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

TANAH MERAH – Seorang pesara tentera meninggal dunia dalam keadaan sujud ketika solat subuh secara berjemaah di Masjid As-Syakirin, Mukim Kelewek di sini semalam.

Dalam kejadian pada pukul 6.09 pagi itu, Allahyarham Razmi Mohd. Nor, 66, yang berada di saf pertama dikatakan tidak bangun dari sujud sebelum disedari beberapa jemaah lain.

Seorang jemaah, Mohd. Al-Muntaqim Noor berkata, arwah merupakan jemaah tetap di masjid tersebut.

“Ketika jemaah menunaikan solat subuh, arwah tidak bangun daripada sujud untuk meneruskan rakaat kedua. Keadaan itu menyebabkan tiga jemaah berdekatan segera membatalkan solat masing-masing bagi memberikan bantuan dan memeriksa keadaan arwah,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Mohd. Al Muntaqim berkata, Allahyarham Razmi disahkan meninggal dunia oleh kakitangan kesihatan yang tiba di masjid selepas solat subuh.

Jenazah Razmi selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Kelewek di sini kira-kira pukul 2.30 petang semalam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN