fbpx
EZE muncul wira apabila meledak gol tunggal Arsenal ketika membenam Newcastle awal pagi semalam. - AFP

EPL: Arteta merungut keputusan pengadil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LONDON – Pengurus Arsenal, Mikel Arteta masih dibayangi perasaan tidak berpuas hati walaupun pasukannya kembali ke puncak Liga Perdana Inggeris selepas mengalahkan Newcastle United 1-0 di Emirates, awal pagi semalam.

Keputusan pengadil menjadi perkara yang menimbulkan rasa kurang senang kepada Arteta selepas penjaga gol lawan, Nick Pope tidak dilayangkan kad merah kerana mengasari Viktor Gyokeres.

Rungutan kali ini hampir sama dengan kegusaran Arteta semasa tewas kepada pencabar terdekatnya, Manchester City apabila pertahanan lawan, Abdulodir Khusanov tidak dilayangkan kad merah selepas mengasari Kai Havertz.

“Saya melihatnya 10 kali, jadi saya tidak tahu kenapa penjaga gol Newcastle tidak diarahkan keluar padang. Jika kamu menonton bola sepak, kamu pasti tahu ia adalah kad merah dan apa yang saya katakan ini adalah realiti yang kami hadapi dalam dua perlawanan terakhir.

“Dalam saat-saat getir, segalanya dipertaruhkan dan kami perlu ikut dengan cara kami sendiri. Saya tidak mencari alasan tetapi kedua-duanya (insiden dengan Newcastle dan Manchester City) adalah kad merah,” katanya.

Mengambil kira keadaan semasa, Arteta pastinya mahu lebih banyak jaringan mampu dihasilkan untuk menjadi penentu kejuaraan musim ini dan ia sepatutnya mampu dilakukan jika Newcastle hilang seorang pemain.

Bagaimanapun, Arteta yang membawa harapan kelab untuk mendapatkan kejuaraan pertama sejak 2004 terpaksa akur untuk berpuas hati dengan satu gol hasil jaringan tunggal Eberechi Eze di awal permainan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN