fbpx
Antara kereta mewah yang disita SPRM dalam serbuan yang dilakukan di sekitar Lembah Klang hari ini.

Seleweng dana zakat RM230 juta, timbalan presiden NGO ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUTRAJAYA- Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor menahan tiga individu termasuk seorang timbalan presiden sebuah badan bukan kerajaan (NGO) kerana disyaki menyeleweng dana zakat berjumlah RM230 juta.

Menurut sumber, dua lelaki berusia dalam lingkungan 50 dan 60-an ditahan antara pukul 3 dan 5 petang tadi dalam satu operasi yang dijalankan SPRM Selangor di sekitar Lembah Klang.

Seorang lagi individu berusia dalam lingkungan 50-an pula ditahan pada pukul 2 petang tadi ketika hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM Selangor.

“Siasatan awal mendapati suspek termasuk dua daripada mereka yang merupakan pengarah syarikat dipercayai bersubahat melakukan perbuatan tersebut sejak 2018 hingga 2024.

“Siasatan turut mendapati timbalan NGO tersebut memindahkan RM230 juta ke dalam akaun syarikatnya bagi tujuan pelaburan dan peribadi,” katanya tadi.

Menurut sumber, siasatan kini menjurus kepada elemen penyelewengan dana awam memandangkan NGO tersebut merupakan sebuah pertubuhan yang menerima sumbangan orang ramai bagi membantu golongan memerlukan.

“Dalam operasi sama, pihak berkuasa menyita 18 buah kenderaan mewah termasuk Porsche dan Mercedes-Benz, rumah dan hartanah bernilai RM11 juta serta pelbagai harta alih lain termasuk wang tunai dan jam tangan berjenama,” katanya.

Selain itu, SPRM turut membekukan sebanyak 33 akaun bank berjumlah kira-kira RM120 juta.

Sementara itu, Pengarah SPRM Selangor, Mohd. Azwan Ramli mengesahkan tangkapan tersebut dan memberitahu, kes disiasat di bawah Akta SPRM 2009.

Kesemua suspek dijangka dibawa ke Mahkamah Majistret Shah Alam esok untuk permohonan reman. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN