fbpx
Tangkap layar lelaki dalam keadaan berbogel di tengah jalan Lebuh Bukit Jambul, baru-baru ini.

Siapa waris lelaki berbogel di Bukit Jambul?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

GEORGE TOWN – Polis sedang mengesan waris seorang lelaki dipercayai kurang siuman yang ditahan selepas bertindak berbogel di tengah jalan Lebuh Bukit Jambul di sini, Khamis lalu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Timur Laut, Superintendan Lee Swee Sake berkata, lelaki warga tempatan berusia 44 tahun dan berasal dari Batu Kurau, Perak itu kini masih ditahan di Wad Psikiatrik, Hospital Pulau Pinang.

“Memandangkan individu ini tidak membawa sebarang dokumen pengenalan diri, pihak polis dan hospital sedang berusaha mengesan warisnya,” katanya di sini, hari ini.

Mengulas lanjut berhubung penahanan lelaki tersebut, beliau memberitahu, pihaknya menerima maklumat awam berhubung kejadian berlaku kira-kira pukul 10.40 pagi, 16 April lalu.

Katanya, polis kemudiannya bertindak ke lokasi kejadian bagi memberi bantuan kepada petugas ambulans Persatuan Bulan Sabit Merah yang berada di lokasi.

“Anggota polis yang tiba di tempat kejadian mendapati individu terbabit sedang berada di tengah jalan dalam keadaan bogel dan telah melakukan tangkapan dengan kerjasama petugas ambulans di persimpangan lampu syarat sebuah kolej swasta.

“Individu tersebut kemudiannya dihantar ke Hospital Pulau Pinang dengan ambulans Persatuan Bulan Sabit Merah dengan diiringi anggota polis,” ujarnya.

Terdahulu, tular beberapa keping gambar di media sosial yang memaparkan tindakan seorang lelaki dalam keadaan berbogel di tengah jalan, sebuah kawasan perumahan di Bukit Jambul.

Menerusi gambar tersebut, lelaki itu dilihat langsung tidak mengendahkan pengguna jalan raya yang melalui kawasan tersebut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN