PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir susulan jangkaan hujan lebat dan angin kencang membabitkan beberapa kawasan di Semenanjung dan Sarawak hingga pukul 6 petangi ni.
MetMalaysia dalam kenyataan berkata, kawasan yang terlibat di Semenanjung adalah seluruh Perlis, dan Kedah (Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Yan, Pendang, Sik dan Baling).
“Hujan lebat turut diramal berlaku di Perak (Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim) dan Kelantan (Jeli),” lapor MetMalaysia.
“Selain itu, kawasan yang dijangka turut terjejas adalah Johor, Terengganu (Besut, Hulu Terengganu dan Kemaman), Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Jerantut, Bentong, Temerloh, Kuantan, Pekan dan Rompin),” kata kenyataan itu hari ini.
Ribut petir turut dijangka berlaku di Kuala Lumpur dan Selangor (Hulu Selangor, Gombak, Petaling dan Hulu Langat).
Sementara itu di Sarawak, amaran hujan lebat melibatkan kawasan Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sibu (Sibu) dan Mukah (Matu, Dalat dan Mukah).
MetMalaysia memaklumkan, amaran hujan lebat dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter sejam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.
“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” lapor MetMalaysia. – KOSMO! ONLINE














