fbpx
STEVEN (dua dari kanan) bersama tetamu jemputan melancarkan model baharu motosikal Aveta.

Aveta lancar tiga model motosikal baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Aveta Malaysia terus memperkukuh kedudukannya dalam pasaran motosikal tempatan dengan melancarkan tiga model baharu iaitu VS115 V3, Serra 125 dan Nova 200.

Pelancaran model baharu ini sekali gus menegaskan komitmennya untuk menghasilkan produk yang dibentuk berdasarkan keperluan sebenar penunggang serta evolusi pasaran yang sentiasa berkembang.

Pengarah Urusan Kumpulan Aveta Malaysia, Steven Lim berkata, segala yang dilakukan di Aveta dibina berasaskan suara pelanggan.

Menurutnya, ketiga-tiga model baharu ini bukan sekadar penambahbaikan, tetapi merupakan respons hasil kajian terhadap apa yang benar-benar diinginkan oleh para penunggang.

“Kami melangkah setapak lagi ke hadapan dengan tiga model utama, dua daripadanya mencerminkan penambahbaikan berdasarkan maklum balas sebenar pelanggan.

“Manakala satu lagi menandakan kemasukan kami ke dalam segmen baharu serta mengukuhkan lagi kedudukan kami dalam pasaran skuter,” katanya ketika majlis pelancaran motosikal tersebut.

Bagi VS115 V3 ia menandakan satu evolusi penting dalam segmen moped Aveta, sambil kekal berteraskan asasnya sebagai jentera mobiliti yang praktikal dan mampu dimiliki.

Mengulas lanjut, Steven berkata, penambahbaikan pada model VS115 V3 datang terus daripada suara pelanggan yang mahukan enjin berkapasiti lebih tinggi serta reka bentuk yang lebih moden.

“Kami mendengar, dan kami bertindak dan bagi model ini, kini dilengkapi dengan enjin berkapasiti lebih tinggi, menjadikannya lebih berkeupayaan, praktikal dan sesuai untuk kegunaan harian.

“Seterusnya bagi Serra 125, ia menandakan kemasukan Aveta ke dalam segmen skuter dengan ruang lantai rata, sekali gus memperluaskan penawaran jenama ini dengan pilihan yang lebih mudah diakses dan praktikal untuk kegunaan harian,” jelasnya.

Tambah beliau, menjadi tumpuan utama ialah Nova 200, sebuah model yang lebih daripada sekadar naik taraf biasa dan menandakan tahap penambahbaikan baharu dalam siri Nova.

Susulan kejayaan memberangsangkan serta penerimaan positif pasaran terhadap rangkaian siri tersebut, Nova 200 diperkenalkan bagi memenuhi jangkaan pelanggan yang semakin berkembang melalui peningkatan dari aspek prestasi, reka bentuk dan keselesaan.

Dalam pada itu, selaras dengan komitmen berterusan terhadap kepuasan pelanggan, Aveta turut memperkenalkan program Aveta Care on Wheels (ACW) yang dipertingkatkan, disokong oleh rangkaian Preferred Plus Dealers.

Dengan menggabungkan Prefereed Plus Dealers ke dalam rangkaian rangkaian perkhidmatan servis bergeraknya, Aveta membawa sokongan selepas jualan lebih dekat kepada penunggang, sekali gus memudahkan penunggang mendapatkan bantuan dengan lebih pantas. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN