fbpx
Gambar menunjukkan sebuah dokumen yang terdiri daripada nama-nama isteri dan jumlah anak mereka. - Lambe Turah

Warga emas ada 17 isteri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA – Seorang warga emas di Indonesia mengundang perhatian pengguna media sosial kerana mempunyai 17 isteri, lapor portal berita Pojok Baca. 

Perkara mengejutkan itu dikongsi oleh seorang penduduk di media sosial, baru-baru ini. 

Imej dimuat naik oleh akaun sama menunjukkan dokumen yang terdiri daripada nama-nama isteri serta jumlah anak mereka. 

Selepas hantaran itu menjadi tular, beberapa pengguna media sosial yang mendakwa diri mereka sebagai adik-beradik tiri akhirnya mengenali satu sama lain di ruangan komen. 

Pengguna media sosial gembira apabila hantaran tersebut menjadi tempat untuk mereka bertemu semula. 

“Itu sebab pentingnya letak nama keluarga,” kata seorang netizen. 

“Macam mana dia boleh ada 17 isteri?” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN