fbpx
FURY berjaya merakam kemenangan menewaskan Makhmudov sebaik kembali daripada persaraan. - AFP

Tyson Fury idam aksi ‘Battle of Britain’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LONDON – Bekas juara heavyweight dunia, Tyson Fury mempamerkan kelas tersendiri selepas menundukkan petinju Russia, Arslanbek Makhmudov menerusi kemenangan mutlak di Stadium Tottenham Hotspur, kelmarin.

Kemenangan tersebut merupakan kebangkitan bermakna buat petinju yang digelar ‘The Gypsy King’ itu, memandangkan ia adalah penampilan pertamanya sejak tewas buat kali kedua kepada Oleksandr Usyk pada Oktober 2024.

Dalam aksi 12 pusingan itu, Makhmudov, 36, cuba memberi tekanan awal dengan asakan bertubi-tubi namun, strategi tersebut gagal membuahkan hasil apabila Fury bijak menyerap asakan.

Memasuki pertengahan pusingan, Fury, 37, mula mendominasi saingan dan jaguh Britain itu jelas sukar digugat apabila ketiga-tiga juri memberikan keputusan memihak kepadanya dengan kutipan mata 120-108, 120-108 dan 119-109.

Sejurus tamat perlawanan, suasana stadium bertukar dengan sorakan padu apabila Fury secara terbuka melancarkan cabaran kepada seteru senegaranya, Anthony Joshua yang hadir menyaksikan pertarungan tersebut di tepi gelanggang.

“Seterusnya, saya mahu berikan pertarungan yang anda semua nantikan. Saya mahu anda AJ (Anthony Joshua). Mari kita berikan apa yang peminat mahukan iaitu Battle of Britain.

“Saya cabar anda, Anthony Joshua untuk berdepan saya, The Gypsy King selepas ini. Adakah anda terima cabaran saya?” laung Fury sejurus tamat perlawanaj.

Bagaimanapun, Joshua yang diberi peluang membalas cabaran tersebut kekal tenang dan enggan terburu-buru, namun memberi bayangan bahawa pertembungan mega itu bakal menjadi kenyataan jika rundingan mencapai kata sepakat.

“Tyson, saya tidak pernah ada masalah untuk masuk ke dalam gelanggang bersama anda. Saya akan berdiri di hadapan anda apabila tiba masanya nanti. Anda tidak boleh mengarah saya apa yang perlu dilakukan.

“Saya sudah memburu anda sejak 10 tahun lalu. Apabila anda sudah bersedia, datang jumpa saya dan nyatakan terma serta syarat anda. Saya akan pastikan kita bertarung mengikut kesediaan saya,” balas Joshua. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN