fbpx
Gambar hiasan

Tiga lelaki terlibat kes ragut di Cheras diberkas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Polis memberkas tiga lelaki tempatan dipercayai terlibat dalam kes samun di Taman Mutiara Raya, Cheras di sini awal bulan ini.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Aidil Bolhassan berkata, pihaknya menerima laporan daripada seorang peniaga yang menjadi mangsa ragut dua individu bermotosikal di hadapan sebuah salon pada 4 April lalu.

Dalam kejadian itu, mangsa mengalami kerugian RM2,000 selain dokumen peribadi dan kad bank dilarikan.

“Bertindak atas maklumat, polis melakukan tiga serbuan di sekitar Cheras termasuk pusat beli-belah pada 9 April sebelum menahan tiga lelaki berusia 23 hingga 33 tahun.

“Semakan mendapati ketiga-tiga mereka mempunyai dua hingga 14 rekod kes jenayah dan dadah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Polis merampas sebuah motosikal, komponen kenderaan, telefon bimbit, topi keledar dan wang tunai. Hasil soal siasat mendapati dua suspek tersebut meragut menggunakan motosikal milik rakan mereka.

“Wang hasil jenayah itu digunakan untuk perbelanjaan harian dan membeli dadah. Ketiga-tiga suspek direman sehingga 14 April bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 392 Kanun Keseksaan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN