fbpx
Pengurusan kanan dan kakitangan Smart Financing dalam satu program yang dijalankan di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Smart Financing perkasa pelabur akses dana besar dalam projek hartanah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR –  Proses kelulusan pinjaman inovatif yang dibangunkan oleh Smart Financing telah mendapat pengiktirafan daripada The Asia Records kerana berjaya mencatat kelulusan jumlah pinjaman tertinggi di bawah kelab pelaburan hartanah bagi tahun 2025.

Smart Financing adalah pakar dalam menyediakan penyelesaian pembiayaan berinovatif untuk pelabur hartanah dan kelab pelaburan.

Pengasas syarikat, Datuk Dr Gary Chua berkata, rekod sulung ini menonjolkan kepimpinan Smart Financing dalam pembiayaan pelaburan hartanah dan proses kelulusan pinjaman ini telah memperkasakan ramai pelabur untuk mengakses dana yang besar bagi pelaburan hartanah.

“Komitmen syarikat dalam memudahkan pertumbuhan pelaburan terbukti melalui pencapaian rekod ini dan  kami berbangga menjadi pemegang rekod pertama yang diiktiraf oleh The
Asia Records bagi kelulusan pinjaman tertinggi di bawah kelab pelaburan hartanah.

“Pencapaian ini mencerminkan dedikasi kami untuk menyokong para pelabur
hartanah,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

Chua menerangkan, detik bersejarah ini menandakan pencapaian signifikan buat Smart Financing dalam industri perkhidmatan kewangan dan ia juga telah memudahkan institusi serta individu untuk melabur dalam hartanah menerusi kursus yang dianjurkan bertujuan membantu orang ramai dapat menjamin masa depan kewangan mereka melalui pendidikan.

“Kami adalah akademi hartanah dengan fokus untuk membina kekayaan dan
memberi impak kepada kehidupan.

“Kursus tersebut melengkapkan pelajar dengan pengetahuan, alatan dan
sumber untuk menghadapi cabaran dunia sebenar dalam era yang serba
mencabar dan sentiasa berubah,” tegasnya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN