fbpx
Keadaan motosikal mangsa kemalangan di Kilometer 48, Jalan Teluk Intan-Klang, Sungai Besar.

Pemuda cedera disambar api botol petrol terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SABAK BERNAM – Seorang penunggang motosikal cedera selepas disambar api daripada botol plastik berisi petrol yang dibawanya sendiri apabila terlibat kemalangan di Kilometer 48, Jalan Teluk Intan–Klang berhampiran Sungai Besar di sini, semalam.

Kemalangan kira-kira pukul 4.30 petang itu menyebabkan mangsa lelaki berusia 19 tahun cedera pada muka, badan dan kaki.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Md. Yusof Ahmad berkata, siasatan awal mendapati mangsa yang menunggang Yamaha Y15ZR sedang menuju pulang ke rumah dari sebuah stesen minyak.

Jelasnya, kemalangan berlaku apabila lelaki itu membuat pusingan U sebelum hilang kawalan dan melanggar penutup lubang konkrit di bahu jalan.

“Pada waktu itu, botol plastik berisi petrol dibawa mangsa terbakar ketika motosikalnya terseret di atas jalan.

“Api kemudian menyambar badan dan paha mangsa dengan kesan melecur kira-kira 9.5 peratus,” katanya hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN