fbpx
Anggota bomba ketika membawa turun mayat mangsa yang maut dalam kebakaran di sebuah pejabat peguam di Lebuh King, petang tadi. Foto oleh DANIAL SAAD/-KOSMO!

Peguam, kerani maut terperangkap dalam kebakaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

GEORGE TOWN – Dua mangsa terdiri peguam dan kerani wanita disahkan maut terperangkap dalam kebakaran yang berlaku di sebuah pejabat guaman di Lebuh King di sini, hari ini.

Mayat mangsa yang dikenali sebagai Datuk San Markan Ganapathi, 88 dan B. Chandra, 60 ditemukan di tingkat atas bangunan separa kayu dua tingkat berkenaan.

Mangsa pertama iaitu San Markan ditemukan di atas kerusi berdekatan meja pejabat di tepi tingkap, pada pukul 1.05 tengah hari tadi manakala mangsa kedua dijumpai di bawah timbunan fail, tepi dinding lokasi sama, pada pukul 3.26 petang tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Pulau Pinang, Mohamad Shoki Hamzah berkata, mangsa dipercayai cuba menyelamatkan diri namun gagal disebabkan asap tebal akibat kebakaran fail-fail yang terdapat di lokasi kejadian.

“Kalau kita tengok, lokasi kejadian merupakan bangunan lama separuh simen dan kayu di mana kita dapati lantai itu telah runtuh ke bawah. Kebakaran bermula dari lokasi ini, namun siasatan lanjut masih dijalankan.

“Struktur bangunan tidak kuat dan anggaran kemusnahan akibat kebakaran adalah kira-kira 70 peratus,” katanya di sini, sebentar tadi.

Beliau memberitahu, lokasi penemuan mayat tidak begitu jauh.

“Mayat kedua-dua mangsa dibawa ke Hospital Pulau Pinang untuk dibedah siasat dan punca kebakaran masih dalam siasatan Pasukan forensik bomba,” tambahnya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN