fbpx

Lapan tahun menanti, Indah Ruhaila selamat bersalin anak sulung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Lapan tahun menanti penuh kesabaran, penyanyi Indah Ruhaila selamat melahirkan cahaya mata pertama Sabtu lalu.

Khabar gembira itu dikongsikan suaminya, Ahmad Shariff Ahmad Taufiq yang menyifatkan kelahiran zuriat mereka sebagai hadiah terindah daripada Allah SWT.

“Masya-Allah, TabarakAllah. Amanah terindah daripada Allah SWT telah tiba.

“Terima kasih Ya Allah atas kurniaan-Mu yang tidak ternilai ini.

“Semoga membesar di bawah lindungan dan rahmat-Mu sentiasa, wahai anakku,” katanya dalam hantaran di Instagram mereka.

Menerusi perkongsian tersebut, Shariff merakamkan momen isterinya sedang tersenyum sambil memandangnya bersama si kecil dipercayai di dalam bilik bersalin.

Begitupun, pasangan terbabit tidak memperincikan butiran lain termasuk jantina bayi.

Terdahulu, pada Disember tahun lalu Indah atau nama sebenarnya Ruhailah Hussein, 37, mengumumkan kehamilannya selepas sekian lama menanti khabar gembira.

Indah dan Shariff mendirikan rumah tangga pada 24 Disember 2017. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN