fbpx
Gambar hiasan.

KL, Selangor dan lapan negeri hujan petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir susulan jangkaan hujan lebat dan angin kencang membabitkan beberapa kawasan di sembilan negeri termasuk Kuala Lumpur hingga pukul 5 petang ini.

MetMalaysia dalam satu kenyataan berkata, cuaca buruk itu melibatkan kawasan di Kedah (Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu), Pulau Pinang (Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan) dan Perak (Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Batang Padang dan Muallim).

Sementara itu, kawasan lain yang terjejas adalah Pahang (Raub, Jerantut, Bentong, Kuantan, Pekan dan Rompin) dan Selangor (Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat).

Turut terlibat kawasan di Kuala Lumpur, Negeri Sembilan (Seremban dan Rembau) dan Johor (Mersing, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru).

“Di Sabah, amaran melibatkan kawasan Pedalaman (Beaufort dan Tambunan), Pantai Barat, Tawau (Tawau, Kunak dan Lahad Datu) dan Kudat,” lapor MetMalaysia.

MetMalaysia memaklumkan, amaran hujan lebat dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter sejam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN