fbpx
Shazeli pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor. Foto SADDAM YUSOFF/KOSMO!

Kes samun kripto babit 12 polis hampir selesai, tunggu laporan teknikal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHAH ALAM – Polis Selangor masih melengkapkan laporan teknikal berhubung kes 12 anggota dan pegawai yang disyaki terlibat dalam kes samun mata wang kripto milik seorang warga asing di daerah ini, dua bulan lalu.

Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar berkata, ini susulan ia melibatkan transaksi wang kripto yang memerlukan laporan daripada agensi-agensi bersifat teknikal.

Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan agensi-agensi yang menyediakan laporan itu.

“Siasatan tersebut masih belum selesai kerana beberapa laporan teknikal masih lagi diperlukan kerana apabila melibatkan transaksi kriptokarisi.

“Justeru kita menunggu laporan-laporan daripada agensi-agensi yang bersifat teknikal.

“Namun siasatan hampir selesai dan kita tidak dapat merujuk kepada pihak pendakwaan negeri kerana menunggu lagi laporan-laporan teknikal,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau menegaskan, kesemua anggota dan pegawai polis yang terlibat dalam kes berkenaan telah telah dihadkan kepada tugasan bukan operasi sementara siasatan dijalankan.

“Mereka masih bertugas tetapi dihadkan kepada tugasan bukan lapangan dan bukan tugasan aktif di kawasan penugasan masing-masing,” jelasnya.

Kosmo! sebelum ini melaporkan Polis Diraja Malaysia mengesahkan tangkapan terhadap 12 anggota dan pegawainya yang disyaki terlibat dalam kes samun mata wang kripto milik seorang warga asing di daerah ini, pada 6 Februari lalu.

Kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN