fbpx
Gambar hiasan.

Hampir semua negeri hujan lebat malam ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir susulan jangkaan hujan lebat dan angin kencang membabitkan beberapa kawasan di Semenanjung, Sarawak dan Sabah hingga pukul 9 malam ini.

MetMalaysia dalam satu kenyataan berkata, hujan lebat melibatkan kawasan di Kedah (Yan, Pendang, Kuala Muda, Sik, Baling dan Bandar Baharu), Pulau Pinang (Barat Daya, Timur Laut, Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan) dan Perak (Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim).

Sementara itu, kawasan lain yang terjejas adalah Terengganu (Besut, Setiu, Kuala Nerus dan Kuala Terengganu), Pahang (Jerantut) dan Selangor (Klang, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang).

Turut terlibat kawasan di Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan (Seremban, Port Dickson dan Rembau), Melaka dan Johor (Tangkak, Muar, Batu Pahat, Kluang, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru).

“Di Sarawak, cuaca buruk landa kawasan Kuching, Serian, Samarahan, Miri (Marudi) dan Limbang manakala di Sabah adalah Pedalaman (Sipitang, Tenom, Keningau dan Tambunan), Pantai Barat (Ranau), Tawau dan Sandakan (Telupid dan Beluran),” lapor MetMalaysia.

MetMalaysia memaklumkan, amaran hujan lebat dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter sejam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN