ANKARA – Turkiye kelmarin mendakwa Perdana Menteri Benjamin Netanyahu bersama 35 pegawai Israel lain kerana memintas Global Sumud Flotila pada Oktober 2025, dan meminta hukuman penjara selama 4,596 tahun, demikian menurut sebuah akhbar.
Ketua pendakwa raya Istanbul menuduh mereka terlibat dalam operasi ketenteraan terhadap orang awam di perairan antarabangsa.
Senarai mereka yang didakwa termasuk Menteri Pertahanan Israel Katz dan Menteri Keselamatan Itamar Ben-Gvir.
Menteri Kehakiman Turkiye, Akın Gürlek merujuk dakwaan itu sebagai cerminan komitmen Ankara kepada undang-undang antarabangsa.
Turkiye telah mengeluarkan waran tangkap terhadap Netanyahu dan barisan pegawai kanan Israel yang lain pada November 2025.
Global Sumud Flotila belayar pada akhir Ogos 2025, terdiri daripada berpuluh-puluh kapal dan ratusan aktivis dari pelbagai negara.
Israel kemudian menahan lebih 400 peserta flotila itu, termasuk aktivis anti-Israel dan iklim, Greta Thunberg sebelum mengusir mereka tidak














