fbpx
Syed Saddiq

Syed Saddiq buat pelbagai kerja sambilan demi rakyat Muar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Ahli Parlimen Syed Saddiq Syed Abdul Rahman terus komited membantu pendidikan apabila bakal menyalurkan tambahan RM50,000 ke dalam tabung pendidikan SSPN Muar minggu depan.

Menurut beliau, jumlah itu bersamaan dua bulan gajinya sebagai wakil rakyat, sekali gus menjadikan keseluruhan sumbangan terkumpul kini mencecah RM150,000 selepas RM100,000 disalurkan sebelum ini.

“Saya ambil pelbagai kerja sambilan sebab saya tak mahu rakyat Muar dibiarkan susah sendirian.

“Ini juga sebahagian usaha menyediakan lebih 3,500 laptop dan tablet kepada mereka yang memerlukan,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook hari ini.

Tambahnya, sumbangan tersebut adalah inisiatif peribadi demi memastikan kebajikan pendidikan penduduk Muar terus terbela.

“Sedikit dari saya. Segalanya untuk Muar,” ujarnya.

Sebelum ini, Syed Saddiq dilaporkan pada 2021 pernah menyumbangkan kira-kira RM50,000 yang merangkumi sebahagian gajinya sebagai Ahli Parlimen, elaun pelajar serta hasil kutipan kelas dalam talian kepada golongan memerlukan di Muar.

Pada 2025, beliau juga pernah menyalurkan RM20,000 daripada sumbangan diterima untuk membantu pelajar kurang berkemampuan mendapatkan peranti seperti komputer riba dan tablet bagi tujuan pembelajaran.

Sementara itu, usahasama dengan hub fesyen terkemuka, Primavalet (PV) sebagai duta jenama pakaian, berjaya meraih sebanyak RM6 juta untuk disalurkan kepada penduduk kawasan tersebut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN