fbpx
Dua wanita ditahan selepas atas tuduhan menghina Islam. - AGENSI

 Polis berkas dua wanita Indonesia pijak al-Quran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA – Polis Indonesia menahan dua wanita atas tuduhan menghina Islam selepas rakaman video menunjukkan salah seorang daripada mereka memijak kitab suci al-Quran tular di media sosial.

Kedua-dua suspek yang nama dan umur mereka tidak didedahkan, ditahan di wilayah Banten minggu ini. Mereka boleh dipenjara lima tahun jika didapati bersalah di bawah undang-undang penghinaan agama Indonesia.

Undang-undang tersebut melarang sesiapa sahaja membuat kenyataan yang menyinggung salah satu daripada enam agama rasmi Indonesia atau cuba menghalang seseorang daripada menganut salah satu agama tersebut.

Kejadian itu berlaku  Rabu lepas apabila pemilik sebuah salun di Lebak, Banten, kira-kira 140 kilometer dari Jakarta, menuduh seorang pelanggan mencuri barang-barangnya.

Apabila wanita itu menafikannya, pemilik salun bertegas dia mengangkat sumpah sambil memijak al-Quran, dan merakam video perbuatan biadab itu.

“Orang yang memijak al-Quran, dan orang yang memintanya mengangkat sumpah, kedua-duanya mengaku perbuatan mereka. Polis telah memanggil mereka, dan mereka dinamakan sebagai suspek,” kata jurucakap polis Banten, Maruli Ahiles Hutapea kepada AFP.

Video kejadian itu tular di media sosial, mencetuskan kemarahan awam.

Bekas gabenor Jakarta, Basuki Tjahaja Purnama atau lebih dikenali sebagai Ahok telah dipenjara selama hampir dua tahun atas tuduhan menghina agama pada tahun 2017.

Pada  2024, mahkamah menjatuhkan hukuman penjara enam bulan ke atas seorang pelawak selepas dia membuat jenaka tentang nama Muhammad.

Indonesia memiliki populasi Muslim terbesar di dunia, dengan lebih daripada 240 juta orang. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN