fbpx
Saifuddin membakar semangat pemain The Mighty Tigers sebelum sepak mula perlawanan Liga Super di Kangar, Perlis malam tadi.

‘Kita reset, repeat, come back stronger Imigresen FC’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menzahirkan ucapan tahniah kepada Imigresen FC selepas pasukan itu mempamerkan semangat juang tinggi dalam aksi Liga Super, malam tadi.

Menurut beliau, keputusan seri tanpa jaringan menentang Penang FC wajar dilihat sebagai ruang untuk pasukan memperbaiki kelemahan.

“Keputusan seri ini kita ambil sebagai ruang untuk perbaiki. Kita reset (set semula), kita repeat (ulang) dan kita ‘come back stronger!’,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook hari ini.

Dalam perlawanan di Stadium Tuanku Syed Putra, Kangar itu, kedua-dua pasukan terpaksa berpuas hati berkongsi satu mata selepas terikat 0-0.

Keputusan itu meletakkan The Mighty Tigers terus bersaing dalam saingan Liga Super, dengan misi memburu kemenangan pada perlawanan seterusnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN