fbpx
Muhammad Afham Hafiz Adzhar, 24, menunjukkan gambar kenangan bersama arwah semasa meraikan majlis tamat latihan arwah pada 15 September 2024 yang lalu ketika ditemui di Masjid Kariah Felda Sungai Kelamah sebentar tadi. - FOTO oleh NOR AINNA HAMZAH

Hasrat Amirul Raziq jadi komando tak kesampaian – Rakan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

TAMPIN – Anggota tentera, Prebet Muhammad Amirul Raziq Rosafindi, 24, pernah meluahkan rasa kesalnya tidak lulus ujian asas menjadi komando seperti mana bapanya, Rosafindi Tambi Chik, 49, kepada rakan-rakan semasa menuntut ilmu di Kolej Vokasional (KV) Port Dickson.

Rakan Allahyarham Muhammad Amirul Raziq, Muhammad Afham Hafiz Adzhar, 24, yang datang ke Felda Sungai Kelamah dari Perak berkata, luahan itu diberitahu sebelum hari raya lalu.

“Arwah memang minat jadi tentera, lebih-lebih lagi bergelar komando seperti ayahnya. Hajat arwah, dia nak jadi komando tapi tak lepas. Kami yang duduk satu asrama dengannya sentiasa bagi sokongan padanya untuk mencapai cita-citanya itu.

“Malah, kira-kira lima orang rakan juga hadir meraikan allahyarham semasa tamat latihan pada 15 September 2024 yang lalu. Bila jadi macam ni, saya agak terkilan kerana tak sempat nak melawat semasa di Hospital Temerloh,” katanya ketika ditemui pemberita, di Masjid Kariah Felda Sungai Kelamah, di sini sebentar tadi.

Kira-kira 10 rakan arwah semasa belajar di KV Port Dickson hadir menunggu upacara pengebumian jenazah arwah yang dijangka sekitar pukul 2 pagi ini.

Muhammad Amirul Raziq yang disahkan meninggal dunia 9.34 pagi tadi selepas dua minggu menerima rawatan di Hospital Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh di Pahang susulan kecederaan selepas dipercayai dipukul dalam kejadian di Kem Tentera Batalion 25 RAMD, Bentong, Pahang.

Terdahulu, mangsa dilaporkan parah dipercayai dipukul suspek yang disyaki berpunca daripada ketidakpuasan hati berhubung kerja pembersihan dalam kejadian pada 31 Mac lalu.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN