fbpx
Zainal Rashid dan Ahmad Faezal antara wakil Malaysia yang menyertai misi GSF 2.0.

Global Sumud Flotilla 2.0 mulakan pelayaran ke Gaza

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Misi Global Sumud Flotilla (GSF) 2.0 memulakan pelayaran dari Pelabuhan Barcelona ke Gaza kira-kira pukul 1 tengah hari waktu tempatan (7 malam waktu Malaysia) hari ini.

Perkembangan itu dikongsi aktivis kemanusiaan, Ahmad Musa Al-Nuwayri Kamaruzaman menerusi hantaran di Threads.

Menurutnya, ribuan penyokong dari pelbagai negara berkumpul di Moll de la Fusta bagi mengiringi pelepasan konvoi berkenaan yang membawa misi memecahkan kepungan Israel ke atas Gaza selain menyalurkan bantuan kemanusiaan kepada rakyat Palestin.

Suasana turut disemarakkan dengan laungan solidariti untuk Palestin dalam kalangan hadirin yang hadir memberi sokongan.

Dalam pada itu, antara wakil Malaysia yang menyertai misi tersebut ialah wartawan veteran merangkap aktivis kemanusiaan, Zainal Rashid Ahmad dan pempengaruh, Ahmad Faezal Mohd. Shariff.

GSF 2.0 menghimpunkan gabungan antarabangsa yang beriltizam memecahkan sekatan ke atas Gaza sebagai tindak balas terhadap krisis kemanusiaan yang semakin meruncing di wilayah berkenaan.

Misi tersebut melibatkan lebih 80 kapal dengan penyertaan kira-kira 1,000 individu dari seluruh dunia, merangkumi usaha maritim serta gerakan sokongan di darat termasuk advokasi undang-undang dan kempen solidariti di pelbagai negara. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN