fbpx
Abdul Aziz Hafiz (dua kiri) bersama tiga adik dan isterinya pada kursus itu di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam. Foto ISKANDAR SHAH MOHAMED/ KOSMO!

Berkat tabungan ibu bapa ‘rezeki’ empat beradik tunai haji

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHAH ALAM – Usaha dan berkat ibu bapa membuat tabungan sejak lebih 30 tahun lalu membawa rezeki kepada empat beradik apabila bakal menunaikan ibadah haji bulan ini.

Lebih manis, Abdul Aziz Hafiz Mohd. Fadzil, 31, bersama tiga adiknya, Nur Atiqah, 30, Nur Hafifah dan Abdur Rahman, 27, terpilih lebih awal berbanding jangkaan mereka.

Menurut Abdul Aziz yang juga pekerja swasta, kedua ibu bapanya telah menabung wang sejak dia kecil termasuk mengumpul duit raya setiap tahun.

“Selain itu, kami empat beradik membuat simpanan setiap bulan sejak mula didaftarkan dengan Lembaga Tabung Haji (TH) pada 2009. Alhamdulilah, berkat ibu bapa membuatkan kami terpilih sebagai jemaah haji malah lebih awal berbanding apa yang disangka,” katanya ketika ditemui pada majlis penutupan Kursus Perdana Haji Musim 1447 Hijrah Peringkat Selangor di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini, hari ini.

Abdul Aziz bersama tiga adik dan isterinya, Nur Shazwani Mohamad Radzi, 31, antara 8,202 bakal haji di negeri ini yang dipilih menunaikan ibadah itu.

Tambah beliau, mereka berlima akan berangkat ke Tanah Suci pada 23 April ini selepas menerima surat daripada TH Oktober tahun lalu.

Sementara itu, Abdur Rahman yang juga anak bongsu berkata, dia bersyukur kerana dipilih menjadi bakal jemaah haji selepas selesai menunaikan umrah tahun lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN