fbpx
Suspek banduan tahanan reman warga Pakistan yang melarikan diri dari Penjara Sungai Buloh dipercayai masih berada dalam negara ketika ini.

Lelaki Pakistan lolos Penjara Sungai Buloh masih dalam negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SUNGAI BULOH – Suspek tahanan warga Pakistan yang meloloskan diri dari Penjara Sungai Buloh di sini baru-baru ini dipercayai masih berada dalam negara.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Mohd. Hafiz Muhammad Nor berkata, setakat ini suspek masih belum diberkas dan usaha memburu lelaki warga asing tersebut sedang giat dijalankan.

“Skop pencarian masih dalam negara dan pihak polis sedang meneruskan tindakan mengesan dan menangkap suspek,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Semalam Kosmo! melaporkan operasi mengesan dan menangkap banduan tahanan reman yang melarikan diri dari Penjara Sungai Buloh dipergiat dengan penglibatan pelbagai pasukan keselamatan.

Antara pihak yang terlibat adalah Pasukan Gerakan Am (PGA), Pangkalan Gerakan Udara dan Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam.

Lelaki tersebut, Muhammad Hassan, 24, kali terakhir dilihat memakai kemeja-T berwarna oren dan berseluar panjang hitam.

Warga asing itu menghadapi beberapa pertuduhan termasuk di bawah Seksyen 377C dan Seksyen 392 Kanun Keseksaan selain kesalahan imigresen. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN