fbpx
MOHAMAD RAIS (dua dari kiri) menyampaikan replika cek sumbangan kepada Norinsan Kamil (tengah) pada majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri TSB UKM di Bangi baru-baru ini.

Alumni TSB UKM sumbang RM20,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BANGI – Alumni Tindakan Siswa Bersatu (TSB), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) menyampaikan sumbangan RM20,000 kepada Tabung Pelajar universiti itu sempena majlis sambutan Aidilfitri yang diadakan di sini baru-baru ini.

Sumbangan berkenaan disampaikan oleh Pengerusi Alumni TSB UKM, Datuk Mohamad Rais Zainuddin kepada Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar UKM, Prof. Ts. Dr. Norinsan Kamil Othman.

Mohamad Rais semasa berucap berkata, sumbangan itu diharapkan sedikit sebanyak dapat membantu golongan pelajar yang kurang berkemampuan.

“Inilah sumbangan hasil kutipan singkat bekas-bekas pelajar UKM yang sehingga hari ini masih kekal dengan semangat juang mereka meskipun telah berpuluh tahun meninggalkan kampus.

“Perjumpaan dan majlis julung kali diadakan ini juga sangat bermakna dalam usaha untuk terus mengeratkan silaturahim antara kita,” katanya.

Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri TSB UKM itu dihadiri lebih 300 alumni merentasi generasi 70-an hingga 2000-an termasuk barisan bekas-bekas pemimpin pelajar dari seluruh negara.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN