fbpx
Mohd Ali (dua dari kanan) hadir pada majlis penyampaian replika cek kepada Radhuana (dua dari kiri) oleh Yong Eng Kwang pada majlis penyampaian sumbangan di pejabat YTPZ di Melaka baru-baru ini.

99 Speedmart sumbang RM500,000 kepada YTPZ untuk manfaat kesihatan komuniti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

Melaka – Pasar mini tempatan terkemuka, 99 Speed Mart, terus memperkukuh komitmennya terhadap kesihatan komuniti melalui penyaluran sumbangan berjumlah keseluruhan RM500,000 kepada Yayasan Toh Puan Zurina (YTPZ) bagi tempoh lima tahun akan datang, iaitu dari 2026 hingga 2030.

Sumbangan ini bertujuan menyokong pelbagai inisiatif kebajikan dan program kesihatan komuniti yang dilaksanakan oleh YTPZ, khususnya dalam memperluas akses kepada perkhidmatan dialisis bagi golongan yang memerlukan.

Fokus utama adalah membantu pesakit kurang berkemampuan mendapatkan rawatan dialisis secara percuma di bawah kendalian yayasan tersebut.

Ketua Pegawai Operasi 99 Speed Mart, Yong Eng Kwang berkata, inisiatif ini mencerminkan usaha berterusan syarikat dalam memperkasa kesejahteraan masyarakat serta memberi impak positif kepada golongan yang memerlukan, selaras dengan komitmen tanggungjawab sosial korporat (CSR) syarikat.

Sementara itu, pihak YTPZ turut merakamkan penghargaan atas sumbangan yang diberikan, yang dijangka memberi manfaat besar kepada komuniti setempat, khususnya pesakit yang memerlukan rawatan dialisis berterusan tetapi berdepan kekangan kewangan.

Majlis simbolik penyerahan replika cek telah diadakan bertempat di premis yayasan di sini yang mana  Eng Kwang telah menyampaikan replika cek kepada  Ketua Pegawai Eksekutif YTPZ, Datuk Wira (Dr)  Radhuana Salleh dan disaksikan oleh Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Dr. Mohd Ali  Mohd Rustam. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN